Thursday, March 25, 2010

PD kena pecah!!!!!!!!

Yup. PD dimasuki pencuri. Komputer jadi mangsa. Sedih....
Laporan polis dah dibuat.
Kemungkinan suspek dah pun dikenalpasti.
Semoga kejadian ni tak berlaku kepada PD kamu ye..









Monday, March 1, 2010

Laporan Aktiviti Membuat Bakul

Hari Sabtu lepas, aktiviti membuat bakul kertas telah dijalankan. Sambutan amatlah TIDAK menggalakkan. Saya salahkan cara promosi saya yang mungkin tidak sampai kepada penduduk sekitar atau tidak cukup menarik untuk membolehkan aktiviti ini dapat sambutan. Cerita pasal promosi, terima kasih kepada PPAJ kerana iklankan aktiviti saya ini di laman sesawang mereka.



Berbalik kepada aktiviti, harapan saya tidaklah terlalu menggunung tinggi jumlah peserta, memandangkan ini adalah aktiviti pertama saya & PD TPI. Oleh itu, saya membuat back-up plan bagi mengelakkan sebarang pembaziran makanan yang disediakan. Aktiviti itu adalah mewarna untuk kanak-kanak. Naseb baik ada back-up plan ini, kerana mereka-mereka inilah yang lebih memeriahkan PD TPI pada hari Sabtu lepas. Jom tengok gambar-gambar aktiviti hari tersebut. Nama peserta akan diupdate kemudian ye..


Gambar-gambar aktiviti mewarna kanak-kanak



Gambar-gambar aktiviti membuat bakul kertas


Secara keseluruhannya, walaupun agak down, saya berpuas hati dengan usaha pertama kali ini. Yang penting, makanan & beg cenderahati yang disediakan tidak dibazirkan. Diharap saya dapat pelajari & membaiki mana-mana yang kurang pada rancangan aktiviti-aktiviti yang akan datang.

p/s: next entry saya akan post cara-cara membuat bakul kertas ini..pada mereka-mereka yang tidak dapat hadir, jangan risau, still boleh belajar..