Wednesday, February 10, 2010

Aktiviti Membuat Bakul Kertas @ Bekas Telur

Sebagai aktiviti bulanan, PD TPI akan mengadakan aktiviti membuat bakul kertas @ bekas telur. Bekas telur ni biasanya dapat sebagai cenderahati di majlis-majlis perkahwinan. Mungkin ada yang tidak perasan, bakul-bakul ni sebenarnya dibuat dari suratkhabar mahupun majalah lama.



Dan bagi yang kreatif & rajin & bersemangat, boleh jadi macam ni..

Dihasilkan oleh Puan Zainun, usahawan & surirumah

Bakul kertas ni memang da popular..Sebuah bekas telur sahaja harganya boleh mencecah RM1.50. jadi, oleh kerana mudah dan murah, PD TPI akan mengadakan aktiviti yang mengajar anda asas-asas membuat bakul kertas ini. Semuanya percuma ya....

Tempat : PD TPI (sebelah Balai Raya Taman Perbadanan Islam)
Tarikh : 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Anggaran peserta : 30 orang

Semua bahan disediakan oleh PD TPI. InsyaAllah, minum pagi juga akan disediakan. Bagi yang berminat, sila hubungi 07-332 1502 (PD TPI) atau 012-7052405 (Haminani@Min).