Saturday, January 30, 2010

Deko baru PD

Pada cuti sempena perayaan Thaipusam (30 Januari 2010) saya bersama Saiful Salmi mengambil peluang untuk mengubah sedikit susun atur perabot & rak-rak buku di PD. Sebelum tu mari kita lihat gambar-gambar PD sebelum ini.

Yang ni diambil pada hari kedua saya bertugas di PD TPI (Selasa,07 Julai 2009). Petugas sama seperti sekarang (tidak pernah bertukar dari pembukaan PD pada 2005), Siti Fahruna.






Komputer-komputer projek PPIK

perasan x ada budak conteng2 kt tingkap tu??

gambar Agong

Ini pula gambar yang diambil pada hari ketiga saya bertugas, selepas saya dan Siti Fahruna membersihkan PD (tidak menyeluruh)







Hari-hari selepas..

siap bawak bunga dari rumah..hehe





Okay. Sekarang gambar terkini..x banyak yang berubah, cuma ada 'partition' bahagian kanak-kanak dan dewasa.


tempat letak beg saya gunakan sebagai rak bahan rujukan (rak memang x pernah cukup)




rak kasut saya gunakan sebagai rak akhbar & tempat pameran buku-buku baru
Bunting 'Jom Internet' xde tempat lain yg sesuai..so letak depan pintu dulu..

Dengan ruang PD yang agak terhad, sukar nak membuat susun atur. Kalau perasan, banyak kotak-kotak buku di sebelah bahagian komputer. Juga ada kerusi-kerusi rosak dan lebih yang tidak ada tempat lain saya nak letak.Ini kerana PD TPI tiada stor @ bilik-bilik lain.Sebab tu saya buat permohonan bagi pembinaan stor barang ke PNM.

Harapnya selepas ini pengguna lebih selesa menggunakan perkhidmatan PD & jumlah pengunjung bertambah ramai.
Lepas ni saya nak letak karpet, bunga, hiasan dinding, dan lain-lain..syok sendiri buat macam rumah sendiri..hehe..

Macam mana?? Ok x??
Please leave a comment if there is any idea or anything that can help me to improve services..thanks.

ps: entry ini bukanlah untuk menunjukkan yang saya sangat rajin tetapi adalah untuk memaklumkan keadaan PD TPI yang terkini..sekian, terima kasih.


Tuesday, January 12, 2010

Pinjaman Terbanyak Bulanan!!

Berikut senarai peminjam terbanyak bulanan. Sila dapatkan cenderahati di PD ya..

24 Oktober - 24 November 2009

1. Mashita Binti Munai
2. Nur Ain Nasuha Binti Noor Khalid
3. Ume Nadia Binti Jimmy
4. Nur Shahirah Binti Nor Izam
5. Nur Rahah

25 November - 24 Disember 2009

1. Maliya
2. Roslina Binti Othman
3. Nadirah
4. Sri Devi Anjani Binti Nasiruddin
5. Husnul Khotimah Binti Nasiruddin



Monday, January 11, 2010

Aktiviti Mingguan - Mewarna lagi!!

Aktiviti : Mewarna
Tarikh : 09 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Desa Taman Perbadanan Islam, Johor Bahru









Yang turut serta aktiviti mewarna ni 4 orang je..Yang lain buat aktiviti masing-masing..homework, internet, myspace dan lain-lain.




Friday, January 1, 2010

PD kami da ada suratkhabar!!

Mulai 01 Januari 2010, Pd Taman Perbadanan Islam menyediakan akhbar harian iaitu Utusan Malaysia & New Straits Times. Hopefully, pembayaran langganan akhbar dari PPAJ ke pembekal tiada masalah.

p/s: thanks to Mr Tin - paper supplier yang sporting..hehe