Thursday, August 20, 2009

Pencinta Buku. Adakah kita???

Dunia pencinta buku agak berbeza dengan dunia para pembaca biasa. Mereka bukan sekadar membaca tetapi "lahap membaca" bahkan jauh lebih ekstrem sudah "terhumban" dalam dunia "ekstasi membaca". Dalam diri mereka terkumpul harmonis sifat: rakus membaca, tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemuanya ini menempatkan mereka dalam sebuah dunia yang cukup mempesona yang dikenali sebagai "Biblioholisme".

Secara mudah Biblioholisme dapat diertikan sebagai kecanduan luar biasa terhadap buku dan dunianya yang berkecenderungan berlebihan kalau tidak pun ekstrem dalam membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi buku, sedangkan para pencintanya disebut sebagai "Biblioholist". Ada juga yang menamakan mereka sebagai "Biblioholic" (seperti alcoholic untuk penagih alkohol dan workaholic untuk "gila kerja".

Amat penting difahami, seorang 'biblioholist', bukanlah seorang yang terasing tetapi sebenarnya berada dalam satu keadaan di mana setiap masa perlu diisi dengan sesuatu yang positif. Kesan besar 'buku' kepada biblioholist terlihat dari segi percakapannya, pemikirannya dan penerapan 'ilmu' di dalam kehidupannya. 'Biblioholist' sebenarnya bukan saja seorang yang 'meminati buku' tetapi seorang yang menyanjung 'Budaya Ilmu' di dalam kehidupannya. Kesan akhir dari budaya biblioholisme, ia akan melahirkan 'manusia beradab' iaitu highly cultured person. Dan inilah sebenarnya yang ingin kita lahirkan dari segala macam kempen-kempen gerakan budaya membaca yang dianjurkan selama ini.

Petikan di atas merupakan sebahagian daripada hasil tulisan Shaharom TM Sulaiman bertajuk Biblioholisme: Mengenal Dunia Pencinta Buku yang merupakan salah satu artikel di dalam Pesona Pencinta Buku terbitan Anzagain Sdn. Bhd.

Adakah kita tergolong dalam mereka yang cinta Buku???

Berikut saya sertakan antara blog/laman yang menarik dan mungkin bermanfaat bagi anda Sang Pencinta Buku.

http://ulatbuku-06.blogspot.com/
http://ulatbukuinthecity.blogspot.com/
http://cikulatbuku.blogspot.com/
http://thebookaholic.blogspot.com/
http://bukuria-malaysia.com/
http://www.oprah.com/entity/oprahsbookclub

Friday, August 7, 2009

Terbaru: Majalah & Buku










Majalah Dewan Siswa & Dewan Pelajar (Ogos 2009)












Najib Razak: Pendakian Ke Puncak Kuasa













Catatan Hati Nik Nur Madihah
'Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan'