Berbalik kepada aktiviti, harapan saya tidaklah terlalu menggunung tinggi jumlah peserta, memandangkan ini adalah aktiviti pertama saya & PD TPI. Oleh itu, saya membuat back-up plan bagi mengelakkan sebarang pembaziran makanan yang disediakan. Aktiviti itu adalah mewarna untuk kanak-kanak. Naseb baik ada back-up plan ini, kerana mereka-mereka inilah yang lebih memeriahkan PD TPI pada hari Sabtu lepas. Jom tengok gambar-gambar aktiviti hari tersebut. Nama peserta akan diupdate kemudian ye..
Gambar-gambar aktiviti mewarna kanak-kanak
Gambar-gambar aktiviti membuat bakul kertas
Secara keseluruhannya, walaupun agak down, saya berpuas hati dengan usaha pertama kali ini. Yang penting, makanan & beg cenderahati yang disediakan tidak dibazirkan. Diharap saya dapat pelajari & membaiki mana-mana yang kurang pada rancangan aktiviti-aktiviti yang akan datang.
p/s: next entry saya akan post cara-cara membuat bakul kertas ini..pada mereka-mereka yang tidak dapat hadir, jangan risau, still boleh belajar..
No comments:
Post a Comment