Yang ni diambil pada hari kedua saya bertugas di PD TPI (Selasa,07 Julai 2009). Petugas sama seperti sekarang (tidak pernah bertukar dari pembukaan PD pada 2005), Siti Fahruna.
Komputer-komputer projek PPIK
perasan x ada budak conteng2 kt tingkap tu??
gambar Agong
Ini pula gambar yang diambil pada hari ketiga saya bertugas, selepas saya dan Siti Fahruna membersihkan PD (tidak menyeluruh)
Hari-hari selepas..
siap bawak bunga dari rumah..hehe
Okay. Sekarang gambar terkini..x banyak yang berubah, cuma ada 'partition' bahagian kanak-kanak dan dewasa.
tempat letak beg saya gunakan sebagai rak bahan rujukan (rak memang x pernah cukup)
rak kasut saya gunakan sebagai rak akhbar & tempat pameran buku-buku baru
Bunting 'Jom Internet' xde tempat lain yg sesuai..so letak depan pintu dulu..
Dengan ruang PD yang agak terhad, sukar nak membuat susun atur. Kalau perasan, banyak kotak-kotak buku di sebelah bahagian komputer. Juga ada kerusi-kerusi rosak dan lebih yang tidak ada tempat lain saya nak letak.Ini kerana PD TPI tiada stor @ bilik-bilik lain.Sebab tu saya buat permohonan bagi pembinaan stor barang ke PNM.
Harapnya selepas ini pengguna lebih selesa menggunakan perkhidmatan PD & jumlah pengunjung bertambah ramai.
Lepas ni saya nak letak karpet, bunga, hiasan dinding, dan lain-lain..syok sendiri buat macam rumah sendiri..hehe..
Macam mana?? Ok x??
Please leave a comment if there is any idea or anything that can help me to improve services..thanks.
ps: entry ini bukanlah untuk menunjukkan yang saya sangat rajin tetapi adalah untuk memaklumkan keadaan PD TPI yang terkini..sekian, terima kasih.
assalamualaikum.
ReplyDeletesalam perkenalan dari kakchik.
terjumpa link perpustakaan ini di blog cikulatbuku tadi. kakchik pun bekerja di perpustakaan juga tapi perpustakaan awam milik persendirian.
cantik susun atur yg terkini, kakchik rasa teringin je nak ke sana membaca buku.
thanks kak..blog kakchik bagus btul la.byk info..banyak bole blaja nih..hehe
ReplyDelete