Salam,
last update blog bulan Mei hari tu..hehe
Lupa nak inform semua,
bermula Jun 2010 lepas, tak tau kenapa, saya ditukarkan untuk bertugas di kawasan Setiawangsa,
Masih lagi dengan PNM.
Jadi sekarang jika ada sebarang masalah/pertanyaan/cadangan, boleh terus hubungi Siti Fahruna, sebab dia masih bertugas di PD TPI.
Okeh. Nak inform tu je..hehe
Friday, December 24, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Aktiviti: Kad Hari Ibu
Aktiviti: Membuat Kad Hari Ibu
Tempat: PD TPI
Tarikh: 8 Mei 2010
Antara bahan-bahan (kertas berwarna yang dicetak, kad manila)
Semua tunjuk rajin..hehe
Adik Fakhri & Ume Nadia
Adik Razif & kad
Adik Nur Rahah & kad
Adik Fakhry & kad
Wednesday, April 21, 2010
Bahan Baru di PD TPI
Okeh. Antara buku-buku terbaru yang dah boleh dipinjam di PD TPI. Banyak yang menarik, tp saya letak sikit jela ye...
Novel
Buku kanak-kanak
Semak oh Semak
Yup. Bersemak. Berumput. Serabut.
Tapi sekarang, setelah dibersihkan oleh saya, mak dan Saiful, semak-semak & rumput-rumput dah kurang. Nampak terurus sikit PD.
yang ni nak dibakar sebab x larat nak angkat, tp tunggu kering.
peralatan yang digunakan
Nampak bersih kan?? Sekarang, dari jalan bawah tu pun orang dah nampak PD TPI. Sekarang tengah design banner. Gantung banner, baru orang tau ade perpustakaan kat situ. Semoga saya dapat buat ape yg saye planning..hehe
Thursday, March 25, 2010
PD kena pecah!!!!!!!!
Yup. PD dimasuki pencuri. Komputer jadi mangsa. Sedih....
Laporan polis dah dibuat.
Kemungkinan suspek dah pun dikenalpasti.
Semoga kejadian ni tak berlaku kepada PD kamu ye..
Laporan polis dah dibuat.
Kemungkinan suspek dah pun dikenalpasti.
Semoga kejadian ni tak berlaku kepada PD kamu ye..
Monday, March 1, 2010
Laporan Aktiviti Membuat Bakul
Hari Sabtu lepas, aktiviti membuat bakul kertas telah dijalankan. Sambutan amatlah TIDAK menggalakkan. Saya salahkan cara promosi saya yang mungkin tidak sampai kepada penduduk sekitar atau tidak cukup menarik untuk membolehkan aktiviti ini dapat sambutan. Cerita pasal promosi, terima kasih kepada PPAJ kerana iklankan aktiviti saya ini di laman sesawang mereka.
Berbalik kepada aktiviti, harapan saya tidaklah terlalu menggunung tinggi jumlah peserta, memandangkan ini adalah aktiviti pertama saya & PD TPI. Oleh itu, saya membuat back-up plan bagi mengelakkan sebarang pembaziran makanan yang disediakan. Aktiviti itu adalah mewarna untuk kanak-kanak. Naseb baik ada back-up plan ini, kerana mereka-mereka inilah yang lebih memeriahkan PD TPI pada hari Sabtu lepas. Jom tengok gambar-gambar aktiviti hari tersebut. Nama peserta akan diupdate kemudian ye..
Gambar-gambar aktiviti mewarna kanak-kanak
Gambar-gambar aktiviti membuat bakul kertas
Secara keseluruhannya, walaupun agak down, saya berpuas hati dengan usaha pertama kali ini. Yang penting, makanan & beg cenderahati yang disediakan tidak dibazirkan. Diharap saya dapat pelajari & membaiki mana-mana yang kurang pada rancangan aktiviti-aktiviti yang akan datang.
p/s: next entry saya akan post cara-cara membuat bakul kertas ini..pada mereka-mereka yang tidak dapat hadir, jangan risau, still boleh belajar..
Subscribe to:
Posts (Atom)